Pages

Tulis Anchor Text Anda
Ad text AdSenseBig yang memikat
www.url-adsensebig-anda.com

Tulis Anchor Text Anda
Ad text AdSenseBig yang memikat
www.url-adsensebig-anda.com

Tulis Anchor Text Anda
Ad text AdSenseBig yang memikat
www.url-adsensebig-anda.com

Tulis Anchor Text Anda
Ad text AdSenseBig yang memikat
www.url-adsensebig-anda.com

 

Friday, February 18, 2011

Bacaan Selepas Berwudhuk




Maksudnya:

"Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya
Tuesday, February 15, 2011

Bacaan sebelum berwudhuk


Maksudnya:

"Dengan nama Allah".
Sunday, February 13, 2011

Hari Kekasih : Imam Muda Minta Melupakannya


PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak meraikan Hari Kekasih yang bakal disambut esok kerana selain bercanggah ajaran Islam, ia juga lebih cenderung kepada kegiatan yang mengundang keruntuhan moral di kalangan remaja

Juara program Imam Muda kelolaan Astro, Muhammad Asyraf Ridzuan, berkata walaupun agama Islam tidak menghalang umatnya menunjukkan elemen kasih sayang tetapi Islam menyekat kegiatan maksiat yang sering dikaitkan dengan sambutan Hari Kekasih. 
“Kita menghalang sambutan Hari Kekasih bukan kerana ia dari barat tetapi kerana menyalahi ajaran Islam.

“Lagipun, kita boleh meraikan Hari Bapa dan Hari Ibu yang juga amalan dari masyarakat barat tetapi tidak menyalahi ajaran agama kita,” katanya yang menjadi panel jemputan program Bicarawara dan pelancaran ‘Kempen Awasi Jerat Hari Valentine’s,’ di sini, kelmarin.


Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu akan disiarkan di saluran TV1 jam 11 malam, 18 Februari ini.


Selain Asyraf, program itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu Pengarah Urusan Raudhatul Sakinah, Rosmawati Zainal dan wakil JAKIM, Mohamad Zarifi Mohamad Daud.

Lebih 1,000 penonton menghadiri program itu yang terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi tempatan (IPT), pelajar sekolah menengah dan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Mengulas lanjut mengenai elemen kasih sayang yang ditampilkan dalam sambutan Hari Kekasih,


Muhammad Asyraf berkata, kasih sayang antara dua jantina berbeza bukan hanya menggunakan janji manis tetapi perlu diikat dengan satu akad yang menyimpulkan ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi.

“Perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia tetapi ia bermatlamat menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni.

“Untuk menunjukkan kasih sayang sesama manusia, kita bukan menunggu pada hari berkenaan tetapi ia boleh disemai setiap hari seperti yang dianjurkan oleh Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mahu lebih banyak program pendidikan diadakan bagi menyedarkan golongan muda mengenai percanggahan perbuatan menyambut Hari Kekasih dengan ajaran Islam. 

 
“Program berbentuk pendidikan adalah lebih sesuai berbanding penguatkuasaan undang-undang kerana ia mampu meningkatkan kefahaman dan memberi kesan lebih baik dari segi jangka panjang,” katanya.
Saturday, February 12, 2011

Khasiat Surah Al-Fatihah

Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-
surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan 'Ummul Quran" (yang bermaksud induk
Al-Quran) atau "Ummul Kitab" ( yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan
induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-
Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.
Antara Hadis Rasulullah S.A.W. yang memperkatakan tentang Fadhilat Al-Quran ialah:

1. "Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar dari racun."
2. "Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan
"amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."
3. "Barangsiapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah Al-
Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya ia memperolehi ganjaran pahala
seumpama orang yang berperang di jalan Allah."

4. "Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah,
nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta ia mendapat banyak
kebajikan di rumahnya."
5. Suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W. sedang berjalan-jalan dengan Abi Zaid di
sebuah jalan di kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki sedang membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda: "Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."


Ulama pernah berkata:
1. "Surah Al-Fatihah sunat dibaca semasa masuk dan keluar masjid."
2. "Pahala orang membaca surah Al-Fatihah seperti pahala diberi kepada orang yang
membaca dua pertiga Al-Quran."
3. "Barangsiapa yang disenaraikan sebagai ahli neraka, jika anaknya membaca surah
Al-Fatihah, diberhentikan seksaannya selama 40 hari
Tuesday, February 8, 2011

Pemuda Yahudi Simbah Arak


Perempuan Palestin ini lalu ditempat awam di Baitul Maaqdis..Tetapi sebaik sahaje terselisih dengan pemuda Yahudi,terus pemuda tersebut menyimbah wain merah ke arah tubuh wanita tersebut...

Sungguh menyedihkan peristiwa yang terpaksa dihadapi wanita Palestin tersebut yang dimalukan di negara tumpah darahnya yang kini di kuasai kaum Yahudi..
Wednesday, January 26, 2011

Doa ketika memasuki rumah



Maksudnya:

"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal.

Doa ketika menanggalkan pakaian



Maksudnya:


Dengan nama Allah
 

Blog Template by YummyLolly.com