Pages

Tulis Anchor Text Anda
Ad text AdSenseBig yang memikat
www.url-adsensebig-anda.com

Tulis Anchor Text Anda
Ad text AdSenseBig yang memikat
www.url-adsensebig-anda.com

Tulis Anchor Text Anda
Ad text AdSenseBig yang memikat
www.url-adsensebig-anda.com

Tulis Anchor Text Anda
Ad text AdSenseBig yang memikat
www.url-adsensebig-anda.com

 

Saturday, February 12, 2011
Home » Khasiat Surah Al-Fatihah

Khasiat Surah Al-Fatihah

Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-
surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan 'Ummul Quran" (yang bermaksud induk
Al-Quran) atau "Ummul Kitab" ( yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan
induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-
Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.
Antara Hadis Rasulullah S.A.W. yang memperkatakan tentang Fadhilat Al-Quran ialah:

1. "Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar dari racun."
2. "Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan
"amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."
3. "Barangsiapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah Al-
Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya ia memperolehi ganjaran pahala
seumpama orang yang berperang di jalan Allah."

4. "Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah,
nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta ia mendapat banyak
kebajikan di rumahnya."
5. Suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W. sedang berjalan-jalan dengan Abi Zaid di
sebuah jalan di kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki sedang membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda: "Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."


Ulama pernah berkata:
1. "Surah Al-Fatihah sunat dibaca semasa masuk dan keluar masjid."
2. "Pahala orang membaca surah Al-Fatihah seperti pahala diberi kepada orang yang
membaca dua pertiga Al-Quran."
3. "Barangsiapa yang disenaraikan sebagai ahli neraka, jika anaknya membaca surah
Al-Fatihah, diberhentikan seksaannya selama 40 hari

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com